Monday, November 23, 2009

Malaysia, suatu perjalanan, suatu pembelajaran


Malaysia, sebuah negara membangun yang sudah mencapai usia kemerdekaan lebih pada setengah abad. Dalam suasana kedamaian dan kemakmuran Malaysia, pelbagai pahit dan manis telah ternukil didalam mengharungi suatu perjalanan kearah pembentukan kematangan dalam pelbagai bidang.


Namun dalam keghairahan Malaysia menuju kearah Negara maju, dalam tempoh yang sama adakah pernah kita menilai akan pembanguan prasarana dan bangunan yang telah menjadi isi kepada pembangunan yang kita inginkan. Setiap kita akan melihat bangunan dan jalan serta pelbagai kemudahan yang ada disekeliling kita. Adakah apa yang kita lihat ini memadai dengan sekadar melihat ujudnya atau bagaimana?...


Lihat lah rumah rumah serta bangunan yang kita duduki. Adakah kediaman kita dibina dengan sempurna? Adakah pembuatan pembinaan ini telah mencerminkan bahawa kita sudah maju dalam pelbagai segi.?


Setiap pagi dibandar bandar besar seperti Kuala lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya dan sebagainya kita akan dapat melihat pelbagai jenis pembinaan rumah kediaman, jalanraya, dan bangunan bangunan ini dibina dengan tangan oleh tenaga tenaga manusia yang tidak berkemahiran. Ini dapat dinilai daripada hasil terakhir (end results) pembinaan dan kerja tangan mereka. Adakah kita mengetahui bahawa ribuan kediaman dan pembinaan pejabat dalam Negara kita telah dibina oleh ratusan ribu tenaga luar negara yang tidak berkemahiran dalam sektor pembinaan ini.


Lihat permukaan dinding rumah kediaman kita..apakah yang dapat kita nilai hasil kerjatangan mereka?..Permukaan dinding rumah kita dilepa dengan simen dengan tidak menitik berat kan soal kemasan yang di perlukan, tanpa kemahiran seperti yang kita kehendaki. Kita dapat lihat betapa tiang bangunan yang sepatutnya lurus dan tajam pada bucunya dilepa dengan dengan tangan yang tidak mahir dan hasilnya tiang rumah sudah tidak "vertical" seperti yang dikehendaki. Kegagalan ini menyebabkan pemandangan kita tercela akan situasi ini.


Di jalanraya pula keadaannya berbeza, saliran air dan sebagainya tidak menetapi piawaian yang ditetapkan. Tetapi piawaian mana yang kita guna pakai selama ini? Sehingga kita tidak mampu menukar piawaian pembinaan jalan selain menggunakan bitumen, tar dan batu sebagai asas. Tetapi apa akhirnya? kita dapat melihat ratusan juta peruntukan telah digunakan untuk membaiki permukaan jalan yang rosak dan pecah hasil dari pembinaan yang mengikut piawaian yang ditetapkan atau di panggil "Bristish Standard" atau dalam terma teknikal nya dipanggil "BS"


Setengah abad berlalu, kita masih menggunakan terma BS ini dalam sektor pembinaan, walau apa pun termanya...pengawasan terhadap mutu pembinaan seharusnya menjadi keutamaan dalam sektor pembinaan ini. Janga di ambil mudah dalam setiap aplikasi yang ingin dilaksanakan.


Malaysia telah melalui suatu perjalanan yang panjang, dengan melahirkan ratusan ribu jurutera dan arkitek namun golongan ini masih belum mampu penukar wajah Negara Kepada sebuah negara yang mengamalkan "Construction Quality" yang dapat dibanggakan.


Adakah ini suatu perjalanan dan suatu pembelajaran untuk Negara?

No comments:

Post a Comment